[close]

..:: click click::..

tafsiran mata

jika semalam
ribut melanda...
hari ini...
kelihatan tenang segalanya...
namun itu hanya sekadar tafsiran semata
tafsiran pandangan mata yang melihatpandangan mata..... yang buta
buta kerana tidak mampu menebak hakikat yg tersirat
hakikat yg benar lagi menyakitkan
tenang yg dilihat hanyalah sekadar tabir
tabir emas yg menyilau
tabir emas yg menyembunyikan segala yg tersirat
menyembunyikan jua segala kebenaran
kebenaran yang mampu mengubah tafsiran mata yg buta
namun apakah mungkin tabir itu diselaklantas menzahirkan segala yang tersirat
menzahirkan kebenaran yg tersimpan...tapi...mampukah sekeping hati ini
menerima toresan belati beracun
sekelian kalinya....
menambah luka yg sedia parah
norma kehidupan hakiki
kebenaran selalunya pahit.....dan lantas kerana itu.......mereka lebih rela mata yg buta mentafsirkan segalanya...namun sampai bila?
kebenaran harus diselindung... ditutup dengan tabir emas
silaunya sehingga membutakan mata mereka...sehingga mereka lupatidak semua yang zahir itu sempurna...........